LATEST
National

Kestabilan politik negara tak seharusnya dikorbankan dengan pembubaran Parlimen – Fuziah

Kestabilan politik negara tak seharusnya dikorbankan dengan pembubaran Parlimen – Fuziah

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik negara tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana percaturan kuasa dan kedudukan, terutama ketika kerajaan masih berfungsi serta mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Baca juga: Eksport pacu hasil Betamek kepada RM161.31 juta

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata cadangan supaya Parlimen dibubarkan ketika kerajaan masih berfungsi dan mempunyai sokongan majoriti bukan sesuatu yang perlu dibangkitkan dengan mudah terutama jika persoalan asalnya hanya mengenai rombakan Kabinet.

Katanya, rombakan Kabinet adalah sebahagian daripada proses memperkukuh pentadbiran dan ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membuka semula episod ketidaktentuan politik yang pernah dilalui sebelum ini.

“Perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin boleh dibincangkan. Tetapi jangan sampai percaturan politik mengganggu kestabilan yang sedang kita bina.

“Jangan kerana terlalu memikirkan soal kuasa dan kedudukan politik, kestabilan negara yang susah payah dibina hari ini sanggup digadaikan. Negara ini bukan medan untuk memenuhi percaturan politik mana-mana pemimpin.

“Rakyat sudah terlalu lama menanggung akibat ketidaktentuan politik. Jangan sekali lagi kepentingan politik diletakkan mengatasi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Fuziah menegaskan negara pernah melalui zaman politik tidak menentu antara tahun 2020 hingga 2022, ketika rakyat bergelut dengan pelbagai kesusahan akibat pandemik COVID-19, kehilangan pekerjaan, tekanan kos sara hidup dan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat berusaha untuk bangkit, negara pula dibelenggu ketidakstabilan politik, kerajaan bertukar, Perdana Menteri silih berganti, sedangkan rakyat terus menunggu penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka.

“Pengalaman itu sepatutnya cukup mengajar kita betapa mahalnya harga sebuah kestabilan politik. Hari ini, selepas hampir empat tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk, kita sudah mempunyai ruang untuk memberi tumpuan kepada perkara lebih penting.

“Pelaburan, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan agenda reformasi institusi yang sekian lama diperjuangkan kini dapat diberikan perhatian lebih serius.

“Usaha memperkukuh tadbir urus, membanteras rasuah dan memperbaiki institusi negara memerlukan kesinambungan dasar serta pentadbiran stabil supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news