”Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan” – Noor Nabila | Trending – Oh! Media

”Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan” – Noor Nabila | Trending – Oh! Media

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya terhadap penampilan Noor Nabila, apabila mereka bertemu baru-baru ini di sebuah restoran.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, Nabila kelihatan duduk santai bersama sahabat baiknya Rosix Ahmad, serta Che Ta dan anaknya Ammar Effendy.

Che Ta memuji struktur wajah Nabila yang disifatkan kecil dan comel, berbeza dengan apa yang sering dilihat di media sosial.

Naik pelamin tahun depan?

Namun, bukan pujian itu yang menjadi tumpuan, sebaliknya reaksi selamba Noor Nabila yang mengundang perhatian ramai.

Kita nak naik pelamin tahun depan.

Walaupun hanya berseloroh, kenyataan itu mengundang pelbagai spekulasi dan gurauan daripada netizen, apatah lagi melihat status Nabila yang kini kembali solo.

Sejarah cinta Noor Nabila

Noor Nabila

Untuk rekod, Noor Nabila pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertama pada Julai 2013, namun berakhir setahun kemudian.

Kali kedua, beliau bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017. Mereka bercerai pada Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, kini berusia 6 tahun.

Perkahwinan ketiga berlangsung pada Mac 2021 dengan Engku Emran, bekas suami Erra Fazira, namun mereka bercerai dua tahun kemudian.

Pssttt! Jangan mudah menilai seseorang dari media sosial semata-mata. Kadangkala yang nampak biasa itu luar biasa bila depan mata. Bab jodoh pula, siapa kita nak pertikai?

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top