KPKT Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Putra Heights

KPKT Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Putra Heights

Tragedi letupan paip gas di Putra Heights tempoh hari nyata menggamit perhatian seluruh negara. Rentetan daripada insiden itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil melaksanakan pelan tindakan komprehensif demi membela nasib mangsa yang terjejas teruk.

Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, pelan tindakan membabitkan baik pulih dan pembinaan semula kediaman yang rosak telah diserahkan kepada Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri.

KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian, termasuk agensi pelaksana seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.- Katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaik pulih infrastruktur awam yang terjejas dalam kejadian itu.

Kerajaan Selangor Putra Heights

KPKT juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi menjalankan operasi gotong-royong pembersihan kawasan terbabit hujung minggu ini.

Untuk rekod, insiden pada 1 April lalu menyaksikan letupan saluran gas PETRONAS menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter, dengan suhu dianggarkan mencecah 1,000 darjah Celsius.

Api hanya berjaya dikawal sepenuhnya selepas hampir lapan jam usaha pemadaman dijalankan.

#ApaKataOhmedia

Ketika musibah menimpa, keprihatinan dan tindakan pantas pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam memulihkan semangat mangsa yang terkesan.

Semoga usaha ini menjadi contoh bagaimana kerajaan harus bertindak cekap demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, lebih-lebih lagi ketika waktu sukar seperti ini.

Kredit:
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top