Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa suaminya yang juga anggota bomba kantoi curang dengan wanita lain.
Menerusi perkongsian itu, si isteri mendakwa dirinya berada pada titik terendah apabila menangkap suami bersama seorang perempuan yang sebelum ini dikatakan hanya sekadar kawan.
Dakwa suami keluar dengan wanita lain
Dalam hantaran tersebut, si isteri mendakwa hubungan suaminya dengan wanita itu bukan seperti kawan biasa. Katanya, mereka pernah menaiki motosikal bersama dan saling memanggil dengan panggilan manja.

Si isteri turut mendakwa wanita itu sanggup memberikan wang kepada suaminya setiap kali diminta.
Menurutnya, alasan yang diberikan adalah wang tersebut hanya dipinjam, namun suaminya didakwa sering menyebut wanita itu sebagai ‘banker’.
Dakwa skandal berduit jadi ‘provider’

Si isteri mendakwa, suami yang merupakan anggota bomba gred 29 tidak takut kehilangan kerja kerana yakin jabatannya masih memerlukan dirinya.
Dakwanya lagi, wanita itu juga bukan calang-calang orang kerana berkhidmat sebagai seorang peguam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menasihati wanita itu supaya kekal kuat dan tidak membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan emosi.
Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan agar perkara tersebut diselesaikan melalui saluran yang betul, lebih-lebih lagi apabila melibatkan dakwaan terhadap beberapa individu.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




