JONGKONG emas bukan lagi sekadar simbol pelaburan dan simpanan bernilai apabila HABIB dan Lazada tampil dengan koleksi eksklusif seberat satu gram (1g) yang dihiasi maskot popular platform e-dagang itu, Lazzie.Kolaborasi julung kali antara jenama barang kemas tempatan dan platform e-dagang berkenaan menghasilkan jongkong emas 999.9 edisi terhad yang menggabungkan nilai tradisional logam berharga itu dengan elemen reka bentuk moden, ceria dan lebih dekat dengan cita rasa generasi muda.Menariknya, hanya 500 unit koleksi eksklusif itu dihasilkan, sekali gus menjadikannya pilihan unik bagi pengguna yang ingin memiliki emas dengan sentuhan berbeza.Gabungan identiti dua jenamaMenurut Pasukan Reka Bentuk Produk Gaya Hidup HABIB, idea menghasilkan koleksi berkenaan tercetus daripada usaha mencari persamaan antara kedua-dua jenama dalam menawarkan pengalaman istimewa kepada pengguna.Lazada memberi tumpuan kepada usaha membantu pengguna menemukan jenama dipercayai dan membeli-belah dengan yakin, manakala HABIB pula sinonim dengan detik istimewa dalam kehidupan masyarakat menerusi koleksi barang kemas berkualiti.Gabungan identiti itu diterjemahkan menerusi rekaan berwarna-warni yang menampilkan karakter tersendiri.Tarikan utama jongkong emas 999.9 berkenaan ialah maskot Lazzie yang digambarkan sedang memegang jongkong emas sambil berdiri di atas berlian berkilauan.Warna ungu ikonik HABIB digabungkan dengan warna magenta Lazada, manakala motif LazCoin turut disertakan sebagai elemen yang mengingatkan pengguna kepada pengalaman ganjaran di platform berkenaan.Hiasan berlian dan bentuk hati melengkapkan reka bentuk koleksi itu dengan sentuhan positif, kegembiraan serta semangat meraikan detik bermakna.Perincian potongan berlian pada permukaan jongkong turut memberikan dimensi dan tekstur tersendiri, menjadikannya lebih daripada sekadar produk emas konvensional.Koleksi itu sesuai dijadikan hadiah bagi meraikan pencapaian, memperingati peristiwa penting atau sebagai ganjaran kepada diri sendiri.Selain mengekalkan nilai dan mutu emas 999.9, koleksi ini turut mengambil kira minat golongan muda, menampilkan perspektif berbeza dalam mengangkat nilai dan keistimewaan emas.Diilhamkan daripada minat dan gaya hidup generasi muda masa kini, kolaborasi ini mengetengahkan emas bukan sekadar sebagai simbol nilai yang berharga, tetapi juga sebagai sebahagian daripada gaya dan ekspresi diri.Gabungan ini menyatukan keistimewaan warisan emas dengan sentuhan moden yang lebih dekat dengan cita rasa masyarakat hari ini.Angkat keistimewaan jenama tempatanKolaborasi itu turut mengetengahkan keupayaan jenama tempatan untuk terus berinovasi dan bersaing dalam pasaran menerusi penghasilan produk yang menggabungkan kreativiti serta kekuatan identiti masing-masing.Sebagai antara jenama barang kemas terkemuka di Malaysia, HABIB membina reputasinya berasaskan kemahiran pertukangan, kualiti dan kepercayaan pengguna.Kerjasama bersama Lazada membuktikan jenama yang mempunyai legasi kukuh juga mampu meneroka pendekatan baharu bagi menarik perhatian pengguna, khususnya generasi muda.Bagi Lazada pula, kerjasama itu memperkukuh usaha menggalakkan rakyat Malaysia menyokong produk tempatan menerusi inisiatif JOM MALAYSIA yang dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan Lazada Malaysia, Khairil Ahmad berkata, HABIB merupakan contoh terbaik bagaimana jenama tempatan yang sudah kukuh mampu terus berinovasi tanpa mengetepikan identiti dan keistimewaannya.Menurutnya, jenama Malaysia mempunyai kualiti, kreativiti dan kepakaran untuk bersaing berdasarkan kelebihan produk masing-masing.”Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengenali jenama tempatan dan memilih produk mereka dengan yakin, bukan semata-mata kerana ia keluaran tempatan, tetapi berdasarkan nilai sebenar yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, menerusi LazMall, pendedahan kempen serta pelbagai kemudahan sokongan kepada penjual, Lazada terus membantu perniagaan tempatan meluaskan capaian pasaran, memperkukuh kehadiran dalam talian dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.Pelbagai tawaran menarik 11.11Dalam perkembangan sama, kempen Jualan Terbesar Lazada 11.11 yang berlangsung sehingga 13 November menawarkan pelbagai promosi merentasi kategori produk dan jenama.Antara tawaran disediakan termasuk RM11 All Out Surprise Deals, baucar kempen sehingga RM1,000, jualan kilat dengan diskaun sehingga 90 peratus bagi produk terpilih serta tawaran Stack & Save dengan penjimatan sehingga 50 peratus.Pengguna yang berminat mendapatkan jongkong emas eksklusif Lazada x HABIB seberat 1g itu juga boleh membuat pembelian sepanjang kempen 11.11, tertakluk kepada stok sedia ada.Produk berkenaan mula diperkenalkan menerusi kempen Payday Sale Lazada pada 24 Oktober lalu.Dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 unit, koleksi itu menawarkan pilihan kepada pengguna yang ingin memiliki atau menghadiahkan sesuatu yang mempunyai nilai material serta sentimental.Koleksi eksklusif berkenaan boleh didapati menerusi platform Lazada.
Lazada, HABIB tampilkan jongkong emas ‘comel’ edisi terhad, hanya 500 unit
Malay News | https://www.malay.news/lazada-habib-tampilkan-jongkong-emas-comel-edisi-terhad-hanya-500-unit/