London: Bekas penjaga gol Arsenal dan Jerman, Jens Lehmann didenda sebanyak 135,000 euro (RM622,000) oleh mahkamah di kampung halamannya di Starnberg kerana merosakkan garaj jirannya menggunakan gergaji rantai.
Lehmann yang didapati bersalah memotong alang bumbung garaj itu, pada mulanya dikenakan denda 420,000 euro (RM1.93 juta) untuk insiden berlaku pada Julai 2022, yang kemudian dikurangkan selepas mengemukakan rayuan.
“Lehmann bertanggungawjawab. Dia sudah mencapai persetujuan dengan jirannya,” kata peguam Lehmann, Florian Ufer, seperti yang dipetik oleh media Jerman.
Lehmann, yang juga pernah didakwa mengelak daripada membayar yuran parkir di Lapangan Terbang Munich, kini sudah menjelaskan denda berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




