Leona tegur aksi bahaya kejar di jalan raya, netizen kata: “Kesan buruk bila dedah nombor plat kereta!”

Leona tegur aksi bahaya kejar di jalan raya, netizen kata: “Kesan buruk bila dedah nombor plat kereta!”

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona Azhar atau Leona tampil menegur tindakan segelintir individu yang mengejarnya di jalan raya, yang disifatkan boleh mengundang risiko keselamatan dan kemalangan.

Tegur aksi bahaya kejar di jalan raya

Menerusi perkongsian di Threads, Leona meluahkan rasa tidak selesa serta bimbang terhadap beberapa insiden yang dialaminya ketika memandu.

“Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Terdapat beberapa insiden yang benar-benar membuatkan saya berasa sangat terganggu dan takut,” ciapannya, semalam.

Menurut Leona, dia tidak menghalang orang ramai untuk mengambil gambar sekiranya terserempak dengannya di tempat awam, namun tindakan mengejar kenderaan sehingga cuba berinteraksi ketika memandu adalah tidak wajar.

“Tidak mengapa jika anda kebetulan nampak saya di jalan dan ingin mengambil gambar dari jauh, tetapi tidak wajar untuk cuba memandu di sebelah saya, menurunkan tingkap dan melambai, kemudian mengharapkan saya melakukan perkara yang sama. Saya tidak akan berbuat demikian!” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Leona mengingatkan orang ramai agar lebih berhemah dan menghormati privasi serta keselamatan individu lain, khususnya ketika berada di jalan raya.

Bagaimanapun, netizen beranggapan perkara itu terjadi kerana keterbukaan Leona sebelum ini yang mendedahkan jenis kereta beserta nombor pendaftaran miliknya di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Tak faham kenapa orang nak sangat kejar

 

Kesalahan bila dedah nombor plat

Sebab tu jangan expose kereta

Artikel lain: Baru beli, e.MAS 7 milik Leona terbabit kemalangan – “Sebab tu kereta pertama saya bukan Porsche”

Terdahulu, anak kepada pelakon serta arkitek terkenal Azhar Sulaiman itu, telah mencuri perhatian warganet dengan gelagatnya menunjukkan kereta baharu, Proton eMAS 7 berwarna ‘pink’ lembut di media sosial.

Leona mengaku secara jujur dan bersahaja, biarpun dirinya sudah mempunyai lesen memandu namun buat masa ini orang lain akan membawa kereta baharunya itu kerana dirinya masih belum mahir sepenuhnya.

Walaupun masih dalam fasa belajar memandu dengan yakin, pembelian itu menandakan satu bab baharu dalam perjalanan hidupnya sebagai wanita muda yang kian berdikari.

Sumber: Threads kasihirisleona

Scroll to Top