Netizen terkejut tengok harga, jam tangan Noor Nabila cecah RM250K – “Boleh beli sebiji rumah”

Netizen terkejut tengok harga, jam tangan Noor Nabila cecah RM250K – “Boleh beli sebiji rumah”

Jam tangan mewah yang digayakan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri hujung minggu lalu menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya.

Jam tangan ratusan ribu

Perhatian mula tercetus apabila seorang pengguna di platform Threads berkongsi tangkap layar daripada laman web rasmi yang memaparkan harga jam tersebut. Berdasarkan perkongsian itu, aksesori berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM250,000, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Jam Nabila pakai RM250k korang. Padan lah open house fancy macam ni,” tulis individu berkenaan.

Perkara itu kemudian mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Mirzan Johor yang sememangnya dikenali sering berkongsi kandungan berkaitan barangan berjenama mewah. Menerusi platform TikTok, Mirzan tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung jam tangan tersebut.

Menurutnya, jam yang dipakai Noor Nabila itu merupakan keluaran jenama mewah Cartier daripada model Cartier Baignoire yang terkenal dengan rekaan elegan.

“Memang ramai yang bercakap tentang jam Nabila sejak dua hari ini. Jam itu dari Cartier, model Baignoire.
“Harganya sekitar RM252,000. Itu sudah boleh beli sebuah apartmen. Jam itu pula jenis ‘full diamond’, memang mewah. Rumah saya sendiri pun tidak sampai harga RM250,000,” ujarnya.

Pendedahan tersebut sekali lagi menghangatkan perbualan dalam talian, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap nilai serta kemewahan jam tangan berkenaan. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai perbandingan terhadap kos hartanah, memandangkan nilainya yang menyamai harga sebuah kediaman.

Harga sebiji rumah

Rumah je tak sampai RM200K

Open house je macam kahwin

Artikel lain: Rakan dedah Noor Nabila guna pinggan pakai buang berkualiti – “Tak nampak macam cap ayam”

Terdahulu, Nabila mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya.

Tambahnya lagi, kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.

Sumber: Threads littlediariesofus, TikTok mirzanjohor

Scroll to Top