PAU 2026: ‘Paling penting tanda persahabatan, hubungan kita sama-sama jaga’ – Ketua Pemuda Pas

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menerima cenderahati daripada Pemuda UMNO ketika hadir pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.

Afnan Hamimi berkata, beliau hadir ke perhimpunan itu sebagai memenuhi jemputan.

“Balik sekali dengan buah tangan. Terima kasih sahabat-sahabat Pemuda UMNO atas cenderahati hari ni.

“Yang paling penting bukan nilai pemberian itu, tapi tanda persahabatan dan hubungan yang kita sama-sama jaga,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Khamis.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu ini.

Afnan Hamimi turut berharap agar hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak dapat terbina dengan baik.

“Apa juga ruang yang ada dapat kita manfaatkan untuk kebaikan agama, rakyat dan negara,” ujarnya.

 

Scroll to Top