“Perlu ke pegang?”- Peminat kritik Ahmad Dhani sentuh belakang Fazura atas pentas

“Perlu ke pegang?”- Peminat kritik Ahmad Dhani sentuh belakang Fazura atas pentas

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai tindakan spontan penyanyi tersohor Indonesia, Ahmad Dhani terhadap seorang selebriti tempatan sehingga mengundang kritikan warganet.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengurus Fazura, Iman Tang, isteri kepada Fattah Amin telah dijemput ke atas pentas bagi menyanyikan bahagian wanita dalam lagu berjudul Sedang Ingin Bercinta.

Dalam pada itu, Iman Tang sempat berseloroh dengan mengatakan dia akan mengeluarkan invoice pembayaran terhadap Ahmad Dhani kerana menjemput artis dibawah pengurusannya bernyanyi di atas pentas.

“Okey, Pakde (Ahmad Dhani), artis saya, Fazura sudah buat persembahan. Nanti saya invoice payment saja ya.”tulis Iman Tang di ruangan kapsyen Instagramnya.

Bagaimanapun, perkongsian video itu mengundang kritikan warganet apabila penyanyi, Ahmad Dhani dilihat memegang belakang Fazura sebelum menyuruhnya untuk mara ke tengah pentas bagi menyanyikan lagu tersebut.

Malah,ada yang meninggalkan komen yang berbaur sindiran dengan mengaitkan kritikan para agamawan mengenai ‘enjoy’ di kelab malam berbanding terkinja-kinja di konsert.

“Kalau kelab malam bukan lain kecam sana sini sampaikan cakap berjoget tu haram. Habis, konsert ni terkinja-kinja tak haram ke? Mana ustaz? Tak tegur ke?”kata seorang pengguna Instagram.

Selain itu, ada juga warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat persembahan spontan yang dilakukan oleh Fazura bersama penyanyi tersohor negara jiran, Ahmad Dhani.

Terdahulu, Fazura memaklumkan dia bakal mengadakan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan di mana ia akan menghimpunkan barisan artis terkenal tempatan dan Indonesia.

Jelas Fazura, konsert berkenaan akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu membariskan penyanyi popular tempatan seperti Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. Bukan itu sahaja, bahkan ia turut disertai Ahmad Band dari Indonesia yang diketuai legenda muzik Indonesia, Ahmad Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela.

Sumber: Instagram @imantang75