DUSSELDORF – Sebuah pesawat Airbus A321 yang dikendalikan Eurowings, anak syarikat penerbangan tambang rendah Lufthansa, berpatah balik pada Ahad susulan perlanggaran antara pesawat itu dengan burung sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Dusseldorf di Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Kru pesawat mengesan getaran pada satu daripada enjin pesawat itu dan memutuskan untuk kembali ke Dusseldorf sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan, kata jurucakap Eurowings kepada dpa.Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa penerbangan yang terlibat ialah penerbangan EW9558 Eurowings yang membawa 152 penumpang ke Tenerife di Kepulauan Canary.Menurut syarikat itu, pesawat Airbus A321 berkenaan mendarat dengan selamat dan sedang menjalani pemeriksaan teknikal. Eurowings menyediakan pesawat gantian untuk penumpang. – Bernama
Pesawat Airbus A321 berpatah balik selepas langgar burung
Malay News | https://www.malay.news/pesawat-airbus-a321-berpatah-balik-selepas-langgar-burung/