Pluralisme dan Sufisme dalam perspektif Barat

Pluralisme dan Sufisme dalam perspektif Barat

HARI ini rata-rata berbincang mengenai Bon Odori. Sepatutnya isu ini jelas, terang lagi bersuluh. Tetapi mengapa wujudnya konflik?

Pada saya, ia adalah kesan daripada gerakan yang cuba mem’pluralisme’ Islam, yang didalangi oleh mereka yang terlajak dalam memahami erti toleransi.

Eksploitasi toleransi

Toleransi adalah satu istilah yang cuba dieksploit oleh Barat agar selari dengan pengertian ‘Pluralisme’. 

Bernard Lewis dalam Persidangan di Nixon Center pada 2003 melihat bahawa Sufisme mempunyai potensi untuk mengembangkan Pluralisme [1]. Beliau menyatakan;

“Bahkan tetapi Sufisme itu satu perkara yang menakjubkan. Ia menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada toleransi. Sikap terhadap orang-orang yang berlainan agama sebagaimana yang ditunjukkan dalam kitab-kitab Sufi tiada tolok bandingnya. Ia bukan sahaja toleransi, bahkan ia adalah penerimaan. Di sana terdapat syair-syair karangan Rumi dan Ibn Arabi dalam bahasa Parsi dan Turki yang menandakan bahawa semua agama adalah sama.

“Semua agama mempunyai tujuan yang sama, mesej yang sama, komunikasi yang sama, dan juga mereka menyembah Tuhan yang sama. Mereka mungkin melakukannya dengan cara yang berbeza-beza tapi Tuhan itu tetap ada di gereja, di masjid, di synagogue. (rumah ibadat Yahudi).”

Gerakan anti Barat

Untuk kekal berkuasa, Barat mesti memasarkan Pluralisme ke seluruh dunia kerana ia adalah ‘petua’ untuk mengekalkan kekuasaan ideologi mereka, iaitu Liberalisme.

Jika dilihat kepada laporan Persidangan di Nixon Center juga [1] kita akan dapati bahawa mereka (Barat) berhadapan dengan ancaman Wahhabi atau Salafi.

Persidangan tersebut tidak mentakrifkan dengan jelas siapakah Wahabi atau Salafi yang dimaksudkan. Adakalanya mereka menganggap Wahabi Salafi itu adalah ikhwan. Adakalanya mereka merujuk kepada gerakan anti penjajah atau anti-Barat. Dan banyak lagi.

Jadi, ringkasnya mana mana gerakan yang tak sebulu dengan Barat atau gerakan yang menentang Barat, dilabel oleh mereka sebagai Wahabi atau Salafi. [1] 

Justeru, untuk mengekang kebangkitan gerakan anti Barat ini, Persidangan tersebut melahirkan satu resolusi iaitu dengan memperkasakan Sufisme ‘yang terlajak’ dalam bertoleransi (Pluralisme). Antaranya melalui jalur ar Rumi dan Ibnu Arabi (lihat kenyataan Bernard Lewis di awal tadi)

Negara sasaran

Katherine Pratt Ewing dalam tulisan yang bertajuk Modern Sufis and the State, strategi mempertembungkan Mistisisme Tasawuf (tasawwuf mistik) dengan Salafisme telah diagendakan oleh pembuat dasar di AS dan di banyak negara dengan populasi Muslim yang besar [2].

Justeru, kita perlu sedar bahawa pertembungan ini dibakar di negara negara yang mempunyai populasi orang Islam yang ramai, contohnya Pakistan.

Dalam tulisan yang sama, Alex Philippon menyatakan ada menyentuh isu Sufism di Pakistan;

“since the beginning of War on Terror, Sufism, the Sufi shrines and Sufi saints in Pakistan have gradually become the symbols of the fight against creeping ‘Talibanization, which is deemed to threaten the very fabric of the nation. The number of initiatives, often financed by the government, aimed at promoting Sufism have indeed proliferated.” [2]

Menggantikan Islam politik

Seorang penulis yang bernama Hisham Najjar menyatakan [3];

“The Sufi current should not have political wings that would represent it, as was the case with political Islam in post-revolution Egypt. If Sufism is to achieve success as a reform movement, it must remain a purely independent social movement that cannot be politicised, nor should it be allowed to politicise religion and exploit it for political gain.

“For Sufism to replace political Islam, which has exhausted its purposes and failed, its discourse must be rationalised and its performance must be developed so that it rises to become a national and societal project and not just an individual’s project or a movement’s project.”

Kenyataan beliau dilihat lebih mempromosikan agenda kesufian yang terasing daripada politik. Beliau melihat bahawa gerakan Islam politik sebagai gagal, dan kegagalan tersebut diambil alih oleh Sufisme.

Kesimpulan

Dalam persidangan di Nixon Center, di awal lagi mereka melihat bahawa gelombang gerakan politik Islam ini (yang mereka sebut sebagai Wahhabi) timbul setelah kejatuhan Uthmaniah. 

Sebab itulah, mereka memborong takrifan Wahhabi itu dengan maksud mana-mana gerakan yang menentang Barat. Sebaliknya, mereka melihat bahawa toleransi yang ada dalam Sufisme itu bersifat tidak menentang Barat.

Mereka menganggap bahawa gerakan anti penjajah ini bawa agenda keganasan dan teroris. Selaras dengan projek Islamophobia yang ditaja oleh mereka sejak 2001.

Manakala Sufism dikatakan oleh mereka membawa kasih sayang (toleransi) sehingga boleh menerima kesamarataan agama. Begitulah kesannya terhadap isu pemikiran yang ada pada hari ini. Nak sembang bab Bon Odori pun masih berselisih.

Pautan

[1] https://www.islamawareness.net/Sufism/sufism_us_policy.pdf

[2] https://amp.scroll.in/article/993901/the-rise-of-political-sufism-poses-a-threat-to-liberal-politics-in-both-india-and-pakistan

[3] https://thearabweekly.com/sufism-alternative-political-islam

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 10/6/2022

Advertisement

Scroll to Top