Populariti Prabowo-Gibran merosot

JAKARTA – Tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi pemerintahan Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka merosot kepada 55.1 peratus pada Ogos, menurut tinjauan Poltracking Indonesia.Tinjauan dijalankan pada 14 hingga 20 Ogos membabitkan 1,220 responden di 38 wilayah menerusi temu bual secara bersemuka.Kajian itu mempunyai margin kesilapan sekitar 2.9 peratus dengan tahap keyakinan 95 peratus.Tahap kepuasan rakyat sebelum ini mencatat 78 peratus pada Oktober 2025, sebelum menurun kepada 74 peratus pada Mac dan 70 peratus pada Mei 2026.Pengarah Eksekutif Poltracking Indonesia, Hanta Yuda AR berkata, kemerosotan itu semakin ketara sejak pertengahan tahun.”Pada Julai berlaku penurunan agak ketara dan disahkan pada Ogos, daripada 58 peratus kepada 55.1 peratus,” katanya.Sementara itu, 40.2 peratus responden menyatakan kurang berpuas hati atau tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan, manakala 51.9 peratus menggesa rombakan Kabinet dilakukan segera.Sektor ekonomi menjadi bidang paling banyak mendapat desakan untuk diperbaiki dengan 30.8 peratus, diikuti bidang perundangan sebanyak 22 peratus.Kenaikan kos sara hidup turut menjadi kebimbangan utama. Sebanyak 62.5 peratus responden berkata perbelanjaan isi rumah meningkat sepanjang setahun lalu, manakala 55.6 peratus menganggap harga makanan semakin tidak mampu ditanggung.Hanta berkata keadaan itu menunjukkan kuasa beli rakyat semakin tertekan apabila pendapatan tidak meningkat seiring kenaikan harga barangan keperluan asas. – Agensi 

Scroll to Top