LATEST

PRN N9 : Tok Mat dahului saingan di DUN Rantau

PRN N9 : Tok Mat dahului saingan di DUN Rantau

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendahului saingan kiraan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Baca juga: Hampir RM1 juta bantuan disalurkan kepada 1,500 keluarga mangsa banjir Sungai Buloh

Berdasarkan keputusan tak rasmi setakat jam 7.10 malam ini, Mohamad sudah memperoleh 2,162 undi.

Beliau meninggalkan lawannya daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Azizul Hakim Mahdi yang memperoleh 455 undi.

Ia sekali gus menyaksikan Mohamad yang juga Menteri Luar di depan dengan 1,707 undi majoriti.

Kerusi DUN Rantau merupakan kubu kuat UMNO dan BN, sebelum ini dimenangi Mohamad atau Tok Mat dengan 10,280 undi majoriti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news