am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seorang wanita warga emas maut, manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 3.20 petang, mangsa yang cedera parah membabitkan dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Komander Operasi, Mohd Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.25 petang.
Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan sebaik sampai mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Proton Saga.
“Kemalangan mengakibatkan pemandu Proton Saga dan Perodua Myvi, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan cedera parah serta penumpang Perodua Myvi iaitu seorang warga emas wanita meninggal di lokasi kejadian.
“Mangsa diserahkan kepada pegawai ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian dan mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: BN menang di Jusseh – Asyraf Wajdi [TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: BN menang di Jusseh – Asyraf Wajdi](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602334.webp)

