PARIS – Paris Saint Germain (PSG) berjaya melangkah ke suku akhir Piala Perancis selepas menundukkan Lille 3-0 dalam aksi awal pagi tadi.
Gol Kylian Mbappe dan Mauro Icardi sudah cukup mengesahkan kemenangan mereka untuk terus mara ke pusingan suku akhir yang dinantikan itu.
Juara bertahan Ligue 1 Prancis itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengejutkan lawan apabila membuka jaringan awal menerusi Icardi pada minit ke-9 separuh masa pertama.
Kylian Mbappe pula menambah jaringan kedua empat minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup pengadil.
Lille yang tidak mahu berputus asa terus berjuang untuk mencari gol.
Namun pasukan pelawat itu buntu untuk memecahkan bek pertahanan tuan rumah yang begitu kebal.
PSG mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Perancis selepas Mbappe sekali lagi bangkit meledakkan gol ketiga pada minit kecederaan ke-93 sebelum perlawanan tamat.
Ia merupakan saingan gelaran ke-14 untuk PSG musim ini.
Dalam Ligue 1, Lille yang mengungguli carta masih mendahului juara bertahan PSG dengan perbezaan tiga mata.-MalaysiaGazette




