am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Kampung Rebana dekat Jeli, di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 14 tahun ditemukan pada jam 7.30 malam pada jarak 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Komander Operasi Hasmin Nasrun Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.04 malam dan seramai 10 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa ditemui oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli.
“Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Jeli,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




