Remaja pandu melulu akibatkan 4 maut dibebaskan dengan jaminan polis

Remaja pandu melulu akibatkan 4 maut dibebaskan dengan jaminan polis

am@hmetro.com.my

Kluang: Remaja yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga meragut nyawa empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu didakwa di mahkamah.

Ketika ini, tempoh sambung reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang dilanjutkan dua hari pada Isnin lalu sudah berakhir semalam.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk memberi jaminan terhadap suspek sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Suspek direman sejak 2 Jun lalu sebelum reman disambung mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, sebaik tempoh reman lanjutan berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis lalu dan direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek adalah pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e yang didapati memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan berlaku kemalangan meragut nyawa empat sekeluarga.

Mereka yang maut dalam nahas terbabit ialah Semek Mat Soh, 73, anaknya Nor Azlina Abd Latip, 33, dan menantunya, Aiman Mohd Rashid, 36, serta anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Abang suspek turut maut dalam nahas yang membabitkan lima kenderaan. Lelaki itu maut ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapat rawatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top