SANAA: Houthi Yemen memberi amaran kepada syarikat penerbangan pada Isnin bahawa ruang udara Arab Saudi tidak selamat untuk penerbangan awam, lapor agensi berita kumpulan itu, Saba.
Memuatkan artikel berkaitan…
Amaran itu dibuat selepas pakatan diketuai Arab Saudi mengumumkan penyertaannya dalam serangan balas yang dilancarkan kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Dalam kenyataan yang diterbitkan Saba, agensi HOCC milik Houthi berkata, ruang udara Arab Saudi tidak selamat dan akan menjadi medan operasi angkatan tenteranya. – AFP




