Sambutan Rumah Terbuka MCA meriah dengan kehadiran PM

Sambutan Rumah Terbuka MCA meriah dengan kehadiran PM

KUALA LUMPUR – Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA hari ini disambut meriah dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai juga sudah mula berkumpul di perkarangan Wisma MCA di Jalan Ampang ini sejak 8 pagi lagi dan kemeriahan turut kelihatan dengan tarian popular naga selain daripada bunyi mercun.

Lebih ramai mula berpusu-pusu bagi menikmati pelbagai juadah disediakan tuan rumah terutamanya makan tradisi masyarakat Cina.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai tuan rumah turut menjemput Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin lain.

Turut kelihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Simbolik Tahun Baru Cina, acara kebudayaan tarian singa, naga dan juga acara menggaul ‘Yee Sang’ bersama pemimpin-pemimpin BN serta ahli Kabinet lain.

Ka Siong turut menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Anwar dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang diadakan di Dewan KLSCAH selepas itu. – MalaysiaGazette