”Saya Sendiri Terkejut” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’ | Trending – Oh! Media

”Saya Sendiri Terkejut” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’ | Trending – Oh! Media

Trending

Farahdhiya terkejut dengan babak sensitif dalam drama Madu Atau Racun dan persoal bagaimana adegan tersebut boleh lulus tayangan.

Pelakon, Farahdhiya mengakui terkejut selepas mengetahui drama Madu Atau Racun mencetuskan kontroversi susulan beberapa babak sensitif yang ditayangkan kepada umum.

Menurut laporan Kosmo, Farahdhiya berkata dia sebenarnya tidak pernah menonton drama berkenaan dan hanya mengetahui mengenai kontroversi itu selepas ia tular di media sosial.

Pertama sekali, saya tak pernah menonton drama tersebut dan hanya mengetahui cerita dalam media sosial selepas viral.

Saya sendiri terkejut dan malu tengok adegan-adegan tersebut.

Sejujurnya tertanya-tanya bagaimana babak-babak tersebut lulus tayangan.

“Benda yang salah tetap salah” – Farahdhiya

Farahdhiya

Dalam pada itu, Farahdhiya turut meminta orang ramai supaya tidak mempertahankan perkara yang dianggap salah dan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

Kita tak perlu tegakkan benang yang basah.

Benda yang salah tetap salah, pusinglah macam mana sekali pun.

Cuma belajarlah daripada kesilapan. Ini adalah pandangan saya.

Finas panggil pihak terlibat drama Madu atau Racun

Madu Atau Racun

Susulan kontroversi itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memanggil wakil penerbit, MIG Production House, iQIYI serta beberapa agensi berkaitan.

Hasil perbincangan, pihak platform penstriman berkenaan bersetuju untuk membuat suntingan sebelum naskhah tersebut dinilai panel untuk tayangan semula.

Selain Elisya Sandha dan Uqasha Senrose, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Aliff Aziz.

Nota Oh! Media:
Isu kandungan sensitif sememangnya perlu ditangani dengan berhati-hati. Apa yang ditayangkan kepada umum wajar mengambil kira garis panduan serta sensitiviti masyarakat, dan teguran pula sebaiknya dijadikan ruang untuk penambahbaikan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top