Serangan Zionis memuncak, rakyat Gaza terus sengsara

Serangan Zionis memuncak, rakyat Gaza terus sengsara

– Advertisement –

KOTA BHARU: Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar bersolidariti dengan rakyat Gaza yang terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

– Advertisement –

Bedilan peluru berpandu Zionis kembali menggegarkan Gaza ketika umat Islam sedang bersahur, menghancurkan sisa-sisa harapan penduduk yang baru sahaja cuba membina kehidupan selepas lebih 15 bulan peperangan.

Menurut kenyataan pertubuhan itu, serangan terbaharu ini didorong oleh kekecewaan Israel setelah gagal memusnahkan HAMAS dan berdepan dengan peningkatan sokongan dunia terhadap rakyat Gaza.

“Lebih 50,000 warga Gaza telah terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” kata Mursyid Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaff.

Beliau turut mengecam tindakan Amerika Syarikat yang terus menyokong rejim Zionis dengan membekalkan persenjataan, termasuk senjata terlarang seperti bom fosfor putih dan bom termobarik.

“Zionis dan sekutunya cuba berlagak sebagai pendamai sambil meneruskan serangan kejam terhadap rakyat Gaza. Akibatnya, wabak penyakit semakin merebak, sumber air tercemar, dan lebih sejuta penduduk menghadapi kebuluran serius,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bersatu menyuarakan bantahan serta menggunakan senjata doa dan qunut nazilah sebagai tanda solidariti.

“Kita perlu teguh menyokong hak rakyat Palestin untuk hidup merdeka dan terus berjuang di setiap platform yang ada,” tegasnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia di talian +601126162010. – HARAKAHDAILY 28/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Scroll to Top