LATEST
Business

Sky Awani 4 raih Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik di TEPEA 2026

Sky Awani 4 raih Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik di TEPEA 2026

KUALA LUMPUR – SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) meraih pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik menerusi SkyAwani 4 Residences pada The Edge Malaysia Property Excellence Awards (TEPEA) 2026 yang berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan komitmen pihaknya dalam usaha meningkatkan standard kualiti pembangunan perumahan bandar mampu milik di negara ini.Menurut beliau, kejayaan tersebut menambah rekod cemerlang SkyWorld selepas meraih pengiktirafan sama menerusi SkyAwani 2 Residences pada 2022, SkyAwani 3 Residences (2023) dan SkyAwani 5 Residences (2024).Chee Seng berpendapat bahawa kemampuan memiliki rumah tidak seharusnya bermakna pembeli perlu berkompromi daripada segi kualiti.”Setiap rakyat Malaysia berhak memiliki kediaman yang bukan sekadar menyediakan tempat berteduh. Ia mesti direka penuh teliti, dibina dengan baik serta menawarkan pengalaman kehidupan berkualiti.”Anugerah ini mengukuhkan kepercayaan kami bahawa kehidupan berkualiti tidak semestinya istimewa untuk golongan tertentu sahaja.”Sebaliknya, ia perlu mampu dimiliki lebih ramai rakyat Malaysia. ‘You Can Now Own a Quality Home and Living’, itulah maksud sebenar slogan kami,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terletak di Setapak, Kuala Lumpur, SkyAwani 4 Residences memiliki 1,782 unit kediaman dengan setiap daripadanya berkeluasan 800 kaki persegi.Setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta direka dengan kecekapan penggunaan ruang kira-kira 82 peratus bagi memaksimumkan kawasan kediaman melalui susun atur praktikal.Selain itu, pembangunan berkenaan turut mencatatkan skor QLASSIC sebanyak 81 peratus, sekali gus meletakkannya antara pembangunan perumahan mampu milik dengan penarafan tertinggi di Malaysia.Penduduk juga menikmati pelbagai kemudahan gaya hidup dan rekreasi dengan kadar caj penyelenggaraan hanya RM0.24 per kaki persegi sebulan.Terletak dalam kawasan SkySanctuary, pembangunan itu turut menawarkan akses mudah ke SAMA Square, hab gaya hidup komuniti pertama di Setapak yang beroperasi 24 jam bagi memenuhi keperluan harian penduduk.Berpandukan tujuan jenamanya, ‘Make Living Better’, SkyWorld terus komited menyediakan kediaman berkualiti yang mengimbangi aspek kemampuan harga, fungsi dan reka bentuk teliti demi memastikan rakyat Malaysia berpeluang menikmati kehidupan bandar yang lebih baik.

More in Business

View all

Latest news