Suami, isteri maut MPV dihempap lori muatan tar

Suami, isteri maut MPV dihempap lori muatan tar

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Suami isteri maut manakala dua anak mereka terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dihempap lori muatan tar dalam kemalangan di Jalan Yong Peng-Muar, dekat Kampung Sri Wangi, Parit Yaani, tengah hari tadi.

Nahas dipercayai berlaku pada jam 12.15 tengah hari menyebabkan mangsa, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan isterinya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, maut di tempat kejadian.

Dua anak mereka masing-masing lelaki dan perempuan berusia lapan dan 11 tahun cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top