Syasya Rizal dan suami timang anak kedua

Syasya Rizal dan suami timang anak kedua

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi berita kelahiran cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan jam 10.28 malam semalam.

Menerusi hantaran di beberapa platform media sosialnya, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami, Nasrullah Mohd Sapie itu.

“Bismillahi, MasyaAllah TabarakAllah, Alhamdulillah. 1 Disember 2025, lahirlah seorang lagi cahaya dalam hidup Mama dan Bapak. Puteri kecil kami.

“Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang dan bimbing. Selamat datang ke dunia, sayang kecil mama,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Syasya turut berkongsi video memaparkan Nasrullah yang sedang mengiqamatkan bayi mereka yang dilahirkan dengan berat 3.57 kilogram itu.

Terdahulu, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada April 2024 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Mohd Yassir Hayyan Nasrullah, satu tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top