Seminggu bergelar suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata kehidupan berumah tangga memberi satu pengalaman berbeza dan menggembirakan.
Memetik mStar Online, Saddiq berkata pulang dari bekerja isteri dan anak-anak sambut dirumah dan dalam perhubungan dia dan isterinya, Bella Astillah saling memberi sokongan.
“Menariknya seminggu bergelar suami, bila bangun pagi ada isteri di sisi. Ada anak-anak yang dapat sarapan bersama. Pulang dari Palrimen, ada anak-anak sambut dan boleh bersenam sama-sama.
“InsyaAllah selepas ini akan ikut Bella ke acara hiburan, itu tugas sebagai suami. Dia juga kena turun ke kawasan saya. Dalam hubungan ini saling melengkapi.
“Sebelum kahwin lagi kami dah bincang pasal kerjaya. Kami saling memberi sokongan. Tanggungjawab saya untuk bantu dan bimbing Bella,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia tidak mahu campur dalam urusan kerja suaminya sebagai ahli politik, cukup dengan memberi sokongan pada kerjayanya sahaja.
“Terlalu awal untuk saya katakan kerana baru seminggu menjadi isteri. Tapi apa saja kerja suami saya tak masuk campur. Cukup sekadar saya bertanya ‘okay atau tidak’ setiap hari, selebihnya saya akan beri sokongan,” katanya.
Sumber: mStar Online




