Izzah tamatkan penantian 12 tahun negara raih emas keirin di ACC 2024

Izzah tamatkan penantian 12 tahun negara raih emas keirin di ACC 2024

PETALING JAYA: Atlet berbasikal wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi apabila merangkul pingat emas acara keirin wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India sebentar tadi. Perlumbaan akhir yang berlangsung di Velodrom Indira Gandhi, New Delhi itu menyaksikan Izzah mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba China, Tong Mengqi.… … Read more

Nurul Izzah tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita

Nurul Izzah tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita

Nurul Izzah Izzati. Foto fail Bernama PELUMBA bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila muncul juara edisi 2024 di New Delhi, India, pada Ahad. Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk … Read more

Azizul raih pingat emas keirin Kejohanan Trek Piala Negara-Negara UCI 2024

Azizul raih pingat emas keirin Kejohanan Trek Piala Negara-Negara UCI 2024

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dia masih lagi yang terbaik di dunia apabila memenangi pingat emas acara keirin di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia sebentar tadi. Aksi yang berlangsung di Adelaide Super Drome sebentar tadi menyaksikan Azizul berjaya mengenepikan lima pencabarnya yang lain untuk menjadi pelumba pertama melintasi… … Read more

Azizulhasni imbau momen indah ungguli acara keirin piala dunia

Azizulhasni imbau momen indah ungguli acara keirin piala dunia

Azizulhasni (tengah) berkongsi kenangan ketika menjuarai acara keirin dalam Siri Kejohanan Dunia di Cali, Colombia 13 tahun lalu. Foto Facebook Azizulhasni Awang. JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengimbas momen indah ketika mengungguli acara keirin dalam Siri Kejohanan Dunia di Cali, Colombia 13 tahun lalu. Beliau yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ mengimbau … Read more

Azizul rebut slot terakhir ke separuh akhir keirin Kejohanan Dunia

Azizul rebut slot terakhir ke separuh akhir keirin Kejohanan Dunia

GLASGOW: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menghidupkan cabaran Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia apabila berjaya lolos ke peringkat separuh akhir acara keirin sebentar tadi. Dalam aksi yang berlangsung di Velodrome Sir Chris Hoy, Glasgow, Azizul turun dalam saringan ketiga suku akhir acara keirin berentap dengan beberapa peserta pilihan antaranya jaguh Belanda, … Read more

Azizulhasni lonjak ranking dunia acara keirin, pecut

Azizulhasni lonjak ranking dunia acara keirin, pecut

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat menjelang persiapan ke Sukan Olimpik 2024 Paris apabila kedudukannya melonjak ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut. Menerusi ranking terbaharu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), ‘The Pocketrocketman’ meningkat daripada kedudukan ke-10 untuk menghuni tangga ketiga di belakang juara … Read more

Nur Alyssa cipta kejutan raih perak keirin remaja

Nur Alyssa cipta kejutan raih perak keirin remaja

NUR Alyssa Mohd Farid mencipta kejutan dengan merangkul pingat perak acara keirin remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional di Nilai pada Khamis. Pelumba berusia 17 tahun itu, tidak gugup dalam penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa, untuk mempamerkan kayuhan bertenaga dan taktikal bijak untuk mencipta nama selaku pemenang pingat di … Read more

Shah Firdaus genggam perak dalam acara keirin di Belgium

Shah Firdaus genggam perak dalam acara keirin di Belgium

Shah Firdaus memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki. ATLET berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium dalam Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent pada Ahad, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki. Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah … Read more