“Tak nak gaduh, tu pilihan dia..” – Ellie Suriaty akur suami senyap2 ambil vaksin

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai aktres dan pengarah Ellie Suriaty Omar menyokong pendirian dua orang anaknya yang bertindak membuat laporan polis bagi menolak suntikan vaksin Covid-19.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, aktres berusia 51 tahun itu akur apabila suaminya yang juga aktor Azri Iskandar senyap-senyap telah menerima vaksinasi penuh.

“Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya. Pada saya… saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah,” katanya.

Pelakon drama Laila Manja itu berkata, dia ‘okey’ dengan tindakan suaminya itu yang perlu keluar mencari nafkah sekali gus memenuhi syarat lengkap dua dos vaksin apabila bekerja dalam mana-mana produksi.

“Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah. Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vaksin.
“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” ujarnya.

Sementara itu, Ellie juga tidak teragak-agak untuk memberhentikan persekolahan anak-anaknya iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 12, sekiranya kerajaan melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah.

“Walaupun dipanggil untuk kaunseling I would still say no. Harap kerajaan hormati keputusan ibu bapa.
“Anak-anak mengadu kawan-kawan pulaukan mereka, tapi tak apa la kena pulau… tak ada la sampai nak bermusuh, its ok.
“Tapi I have to choose berhentikan anak sekolah, not going to school. Diskriminasi ni sangat buruk untuk mental,” katanya.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)