Taman Tualang Indah ‘taman angkat’ pertama AMANITA

TEMERLOH – Taman Tualang Indah, Mentakab menjadi taman angkat pertama yang dipilih dan di bawah pengawasan oleh pasukan AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Pemilihan taman perumahan tersebut merupakan sebahagian penglibatan masyarakat  yang memfokuskan golongan suri rumah sebagai rakan polis wanita.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, AMANAITA mendekati golongan wanita terutamanya suri rumah tangga untuk membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah di kawasan perumahan.

Jelasnya maklumat yang disalurkan kepada polis di kawasan rumah mereka boleh membanteras aktiviti jenayah dengan pantas.

“Dengan ini elemen pencegahan dalam kepolisian lebih efektif kerana kedudukan taman ini strategik di tengah-tengah bandar Temerloh dan Mentakab,” katanya ketika Pelancaran Taman angkat AMANITA.

Taman Tualang Indah berkeluasan 70.73 ekar, berkapasiti 2500 penduduk, yang mana 69% mejoritinya terdiri daripada orang Melayu dan 25% kaum Cina.

Manakala kemudahan infrastrutur di lokasi itu  terdiri sebuah sekolah, 15 lot kedai, dua buah tadika, sebuah pusat jagaan kanak-kanak, sebuah dewan, dan sebuah surau.

“Ada 845 buah rumah, sebuah masjid, gelanggang futsal dan merupakan lokasi taman ialah kawasan perindustrian besar di Temerloh

“Pelbagai aktiviti dijalankan dan antara KRT Taman Tualang Indah antara yang teraktif mejadikan lokasi tersebut dipilih sebagai taman angkat,” katanya.

Mohd Sabri Aziz

Manakala bagi Pengerusi KRT Taman Tualang Indah, Mohd Sabri Aziz, menyifatkan penglibatan AMANITA langkah bijak mendekati penduduk dan masyarakat.

Sabri menghargai usaha PDRM dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Taman Tualang Indan dipilih sebagai taman angkat.

“Sebelum ini Taman Tualang Indah pernah dipilih dalam program Skim Kepolisan Masyarakat, lebih 15 tahun dulu kini digantikan AMANITA.

“Ia merupakan kesinambungan  dan kali ini fokus kepada peranan kaum wanita untuk mejaga telinga polis, diharapkan dapat menjalinkan kerjasama untuk membanteras jenayah,” katanya. MalaysiaGazette