Teater didakwa berunsur tidak senonoh: KPT tunggu laporan rasmi

Teater didakwa berunsur tidak senonoh: KPT tunggu laporan rasmi

am@hmetro.com.my

Cyberjaya: Kementerian Pengajian Tinggi menunggu laporan dan maklumat lanjut berhubung persembahan teater dalam pertandingan seni di Universiti Malaya (UM) yang didakwa berunsur tindak senonoh.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, setakat ini beliau belum menerima maklumat rasmi daripada pihak berkaitan dan mengetahui perkara itu menerusi laporan media.

“Kita perlu mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak berkaitan terlebih dahulu. “Sekiranya ada perkembangan, akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Perpustakaan Universiti Cyberjaya, di sini, hari ini.

Video persembahan teater berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Terdahulu, UM dalam kenyataan dilapor berkata, Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan.

Justeru itu, universiti berkenaan tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan ditetapkan dan tindakan lanjut sedang dilaksanakan.

Kesatuan Mahasiswa UM kecam babak tak senonoh pementasan teater di kampus

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top