LATEST
World News

Tiga lelaki dijatuhi hukuman mati kerana serang gereja

Tiga lelaki dijatuhi hukuman mati kerana serang gereja

KAHERAH – Sebuah mahkamah di Jordan pada Ahad menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga lelaki kerana melakukan serangan maut ke atas sebuah gereja bulan lepas, menurut agensi berita rasmi negara itu, Petra, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Mahkamah Keselamatan Negara mensabitkan ketiga-tiga lelaki itu atas kesalahan melakukan tindakan keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebarkan ideologi keganasan, menurut agensi berkenaan.Seorang daripada mereka turut disabitkan atas kesalahan menyediakan dana untuk membiayai serangan keganasan.Dua lagi individu dijatuhi hukuman penjara enam tahun, menurut seorang peguam yang mewakili keluarga mangsa.Hukuman itu boleh dirayu.Pada 23 Oktober, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah gereja Ortodoks Greek di wilayah Karak, Jordan, ketika upacara memperingati seseorang, menyebabkan sembilan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.Kawasan itu terletak kira-kira 90 minit perjalanan dengan kereta ke selatan Amman, ibu negara Jordan.Pihak berkuasa Jordan menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan keganasan”, yang belum pernah berlaku dalam sejarah terdekat negara yang majoriti penduduknya beragama Islam itu.Susulan serangan berkenaan, Jordan melancarkan serangan udara di negara jiran Syria sebagai tindakan balas, dengan menyatakan bahawa serangan itu menyasarkan tempat persembunyian kumpulan militan yang disyaki terlibat.Tentera Jordan memaklumkan bahawa suspek yang melakukan serangan terhadap gereja itu mempunyai kaitan dengan kumpulan yang menjadi sasaran serangan udara berkenaan.Jordan merupakan sekutu utama negara Barat dan menyokong operasi yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan militan di negara jiran Syria dan Iraq.Walaupun dianggap agak aman berbanding negara lain di rantau itu, Jordan masih terdedah kepada ancaman serangan keganasan.Ancaman itu meningkat sejak konflik di Semenanjung Gaza tercetus pada 2023. Sejak itu, beberapa serangan dilakukan oleh penyerang warga Jordan terhadap sasaran yang mempunyai kaitan dengan Israel.Awal bulan ini, seorang pegawai keselamatan maut akibat ditikam di ibu negara, Amman. Pihak berkuasa keselamatan menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan pengganas yang pengecut”. – Bernama 

More in World News

View all

Latest news