Tiga beradik maut, ibu parah

Ipoh: Tiga beradik maut sementara ibu mereka parah selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai di sini, pada Rabu. Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mereka yang maut merupakan kanak-kanak lelaki berusia empat, enam dan 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ibu mereka berusia lingkungan 30 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak itu melanggar dua lori yang berada di lorong kecemasan.
bahagian tepi lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati, keempat-empat beranak itu tersepit dalam kenderaan. Keadaan kereta remuk. Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang terse. Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu kereta dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.- Sinar harian

Malay News
National Desk