Treler terbalik halang laluan di Maran

Treler terbalik halang laluan di Maran

MARAN: Orang ramai dan pengguna Jalan Maran-Kuantan dinasihat menggelak menggunakan aluan tersebut kerana berlaku kemalangan melibatkan sebuah treler yang terbalik dan menghalang keseluruhan  jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Maran , Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian tersebut berlaku di Kilometer 74, Jalan Kuantan – Kuala Lumpur berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran Dua pada pukul 6.45 pagi ini.

“Kejadian tersebut mengakibatkan laluan menghala ke Kuantan ditutup sepenuhnya sementara menunggu kerja mengalih kenderaan terbalik itu.

“Kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan dan hanya treler itu mengalami kerosakan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Scroll to Top