ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah oleh Türkiye, Pakistan dan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sangat gembira melihat Arab Saudi, Türkiye dan Pakistan baru-baru ini, dan akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah,” kata beliau menerusi platform Truth Social pada Ahad.
Trump berkata, perjanjian itu menunjukkan bagaimana negara-negara di Asia Barat semakin bersatu dan akhirnya mampu mempertahankan diri dengan lebih berkesan.
“Tahniah kepada kepimpinan hebat ketiga-tiga negara berkenaan. Ini merupakan langkah pertama yang besar, berani dan penting – wau!” kata Trump. – Bernama/Anadolu