Tular video suami dakwa isteri curang, kantoi bawa lelaki lain masuk rumah?

Mungkin tidak mampu pendam emosi seorang diri, pendedahan mengenai kecurangan pasangan tidak pernah ‘sunyi’ daripada media sosial. Lebih menyakitkan hati apabila orang tersayang bertindak curang di depan mata!

Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.

Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

@deejayfaz_official3

lagu ni memang sesuai kisah curang pasangan… Neraka tempatnya dosa besar

♬ Berpaling Kasih Ewan J – Deejay Fazz

Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah yang berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.

“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3-4 pagi baru saya tidur. Allahuakbar,” luahnya kepada seorang lagi individu dipercayai jiran terdekat.

Menerusi laman Facebook pula, akaun Puteri 3036 berkongsi video penuh dan salinan laporan polis dipercayai berhubung kejadian terbabit sehingga mendapat perkongsian sebanyak 737 kali.

Berdasarkan salinan laporan polis yang tular, lelaki tersebut bertindak ‘menyerang’ skandal isterinya kerana geram dengan kecurangan yang berlaku selama ini sebelum ‘orang ketiga’ itu dibawa ke balai polis.

Kejadian berkenaan menjadi kecoh di serata media sosial dimana rata-rata mengecam perbuatan si isteri yang sanggup mengkhianati kesetiaan serta melukakan hati suami tanpa belas kasihan.

Sumber: TikTok @deejayfaz_official3 , Facebook Puteri 3036