Wajah seakan ‘lesu’ dan penat, serta bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video tular di TikTok menjadi perbualan ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh peniaga ‘candy bar’ di platform itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, kelihatan sebak apabila menyebut anak perempuannya, Uqaira menyukai gula-gula.
“Nanti birthday Uqaira umur dua tahun boleh panggil bisnes awak,” katannya sambil mengambil beberapa gula-gula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang apabila menegur bentuk badan isteri kepada aktor, Kamal Adli ini yang kelihatan sangat kurus, serta wajahnya seakan cengkung.


Dalam pada itu, ada juga segelintir yang menzahirkan ucapan doa agar Uqasha terus kuat dalam mencari rezeki.
@candy.sweeties3 Bila sebut je nama anak dah lain suara 😭 Uqaira sayang nanti dah besar jaga ibu awak tau. Walaupun ibu selalu busy work tapi ibu sentiasa ingat awak sayang ❤️😭 @UqashaSenrose #fyp #uqashasenrose #candywall
Sebelum ini, Uqasha tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan kenyataannya mengenai luahan perasaan sebagai seorang ibu baru-baru ini.
Jelasnya, apa yang dirasai sebenarnya adalah rindu dan berat hati setiap kali terpaksa meninggalkan anak kerana komitmen kerja.
Terdahulu, rumah tangga Uqasha dan suaminya, pelakon Kamal Adli, menjadi bualan warganet selepas didakwa tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Keadaan itu semakin mengundang spekulasi apabila Uqasha turut memuat naik hantaran berbentuk luahan hati yang dikatakan menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Burn Out Jaga Anak, Tapi Rindu Bila Terpaksa Tinggalkan” – Uqasha Senrose Jelaskan Salah Faham
Artikel Berkaitan: “She Stays Loyal, Even When She Was Hurting”- Muat Naik Petikan Tentang Kesetiaan, Luahan Hati Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya




