Wan Rosdy zahir ucapan takziah buat keluarga Sanusi

Wan Rosdy zahir ucapan takziah buat keluarga Sanusi

KUANTAN – Menteri Besar Pahang menzahirkan ucapan takziah ke keluarga Menteri Besar Kedah atas pemergian ibu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Innalillahiwainnalillahirajiun Takziah kepada Datuk Sri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dan keluarga atas pemergian ibu tercinta Allahyarhamah Meriam Ahmad, pagi tadi.

“Semoga Allah SWT memberi rahmat dan keampunan ke atas roh Allahyarhamah serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook.

Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau di sini pada 5.45 petang tadi.

Terdahulu Allahyarham Meriam, 74, dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik sebelum dimasukkan ke Hospital Sik pada Isnin.

Ibu Sanusi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sebelum ditidurkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit pada hari sama.

Allahyarham Meriam menghembuskan nafas terakhir di HSB kira-kira jam 9.40 pagi Khamis meninggalkan suami Md Nor Taib,83, dan 13 orang anaknya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top