Wanita Arab Saudi kini boleh jadi tentera

Arab Saudi: Arab Saudi kini telah membenarkan wanita di negara itu menyertai tentera sebagai angkah terbaru untuk mengintegrasikan golongan Hawa di negara itu ke pasukan keselamatan sepenuhnya.

Kementerian Pertahanan negara itu memutuskan lelaki dan wanita Arab Saudi boleh mendaftar untuk mendaftar dalam tentera melalui portal kemasukan bergabung dengan Tentera Arab Saudi, Pertahanan Udara Arab Saudi, Tentera Laut Diraja Arab Saudi, Pasukan Peluru berpandu strategik Saudi, dan Angkatan Bersenjata Perkhidmatan Perubatan.

“Wanita Arab Saudi kini dapat direkrut sebagai tentera, koperal, sarjan dan sarjan staf,” menurut kenyaan kementerian terbabit seperti laporan Alarabiya News.

Langkah itu dilakukan di bawah inisiatif Wawasan 2030, Putera Mahkota Mohammed Salman yang memperkenalkan pembaharuan yang memajukan wanita Arab Saudi dalam pelbagai bidang.

Untuk bergabung dengan angkatan bersenjata, seorang wanita di negara itu mesti berumur antara 21 hingga 40 tahun, tinggi 155 sentimeter atau lebih tinggi dan tidak boleh menjadi pegawai kerajaan.

Mereka juga mesti lulus prosedur kemasukan, tidak mempunyai rekod jenayah dan secara perubatan sesuai untuk menjalani perkhidmatan.
Seorang wanita Arab Saudi juga mesti memiliki kad pengenalan kebangsaan bebas, sekurang-kurangnya memiliki pendidikan sekolah menengah dan tidak boleh berkahwin dengan warganegara bukan Arab Saudi.

Sumber- MalaysiaGazette

Malay News
World Desk