‘Wawasan kukuhkan lagi kedudukan PN’ – Hamzah

‘Wawasan kukuhkan lagi kedudukan PN’ – Hamzah

PUTRAJAYA – Keputusan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang diterima sebagai anggota baharu dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyertaan Wawasan juga menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada PN terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan yang berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi PN atas kepercayaan menerima Wawasan sebagai parti anggota,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Sebagai parti berwajah Malaysia, Wawasan membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.

“Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan PN sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir,” ujar Presiden Wawasan itu.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Wawasan dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Pejuang diterima masuk sebagai parti komponen.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi, dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.

Parti Cinta Malaysia, yang permohonan untuk menyertai PN dijenamakan semula sebagai Wawasan selepas diambil alih oleh Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu.

Sementara, Pejuang yang kini diterajui oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditubuhkan oleh bekas pengasas Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas keahliannya dan penyokong dipecat Bersatu.

Scroll to Top