Yassin Senario Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Penahanan Di Jeddah Berpunca Dari Rokok – “Kalau Pasal Lambang Jadi Isu Saya Dah…”

Yassin Senario Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Penahanan Di Jeddah Berpunca Dari Rokok – “Kalau Pasal Lambang Jadi Isu Saya Dah…”

Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut mengenai penahanannya di Jeddah seperti yang tular sebelum ini.

Kata Yassin ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Apek Senario menerusi Darkcast Youtube, pelawak itu menjelaskan penahanannya di Jeddah bukanlah disebabkan penggunaan bahan terlarang (dadah)  sebaliknya hanya salah faham yang berlaku melibatkan pihak berkuasa di sana.

“Ni saya nak cerita, sebelum saya berlepas, saya kan seorang perokok jadi bila saya nak merokok tu saya tengah fikir pasal benda tu, jadi saya beli rokok kertas dan ‘grinder’ sebab tak nak fikir masalah tu dekat sana (Jeddah).

“So, masa perjalanan ke airport tu lancar lagi, nak dijadikan cerita di Jeddah lapan jam perjalanan, masa tu transit 2 jam bersama dengan jemaah-jemaah, beg hand carry saya ada dokumentasi dan buku-buku.

“Masa saya letak dekat bag scanner tu pihak kastam nampak sesuatu dekat beg saya dia terus suruh buka.

“Dia kemudian pegang grinder yang mempunyai lambang Marijuana kemudian dia terus selongkar dan dia bawa saya ke bilik.

“Bila tindakan pihak sana seakan mengaitkan saya dengan bahan terlarang itu, saya minta mereka buat ujian air kencing.

“Kemudian saya dibawa ke pejabat polis dan saya dibawa  ke balai Jeddah. Masa tu beg saya semua diambil dan saya dimasukkan ke sel untuk kes dadah.

“Kalau pasal lambang jadi isu saya dah ditahan dekat Malaysia. Tapi saya zikir dan minta tolong pada Allah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Akhiri Tanda Tanya, Yassin Senario Muncul di TikTok… Bakal Pulang Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat – “Bukan Menghilang, Tapi Bercuti”

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Perkembangan Terkini Yassin, Azlee Senario Beri Bayangan Bakal Terima Berita Gembira

ARTIKEL BERKAITAN:“Berat Badan Yassin Naik, Bakal Pulang Ke Malaysia Sebelum Hari Raya” – Saiful Apek

Mengulas lanjut Yassin mengaku khilaf apabila tidak berkesempatan mengikuti kursus umrah dengan tepat sebaliknya hanya belajar menerusi Youtube.

“Kesilapan saya adalah saya terlepas pandang, Saya tiada rujukan (barang apa yang boleh bawa dan tak boleh),” jelasnya.

Bagaimanapun, menganggap ini adalah pengajaran dan pengalaman paling berharga, Yassin bersyukur kerana akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

“Kesan dia tu memang tak percaya saya boleh kembali pulang ke Malaysia. Apapun terima kasih kepada Tuhan kerana bagi saya pengalaman paling berharga dan belajar dengan mereka yang berasal dari 13 negara.

“Masa sampai tu, saya memang nak jumpa isteri dan anak-anak saya, ibu saya. Cuma saya sedikit kekok berbahasa Melayu ketika berjumpa imigresen.

“Alhamdulillah, saya dapat bekerjasama dengan konsulat di sana. Dan, saya sekarang adalah pasport kecemasan kerana saya datang sehelai sepinggan memandangkan segala dokumentasi dan  pasport ditinggalkan di sana,” kongsinya.

Scroll to Top