Yong Wei Kei diminta tampil bantu polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki, Yong Wei Kei, 29, sedang dikesan oleh Ibu Pejabat Polis Kajang bago membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, perbicaraan kes itu akan bersidang pada 8 Mac ini.

Menurutnya, Wei Kei dengan alamat terakhir di Taman Lembah Maju, Ampang, diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan kes serbuan dadah pada 13 November 2018.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak Polis atau penama ini sendiri boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193. – MalaysiaGazette