Zambry wakili Malaysia ke istiadat penghormatan terakhir bekas Emir Qatar

Zambry wakili Malaysia ke istiadat penghormatan terakhir bekas Emir Qatar

Putrajaya: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mewakili kerajaan Malaysia untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Ayahanda Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani dari 13 hingga 14 Julai.

Kementerian Luar memaklumkan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani akan menerima kunjungan daripada ketua-ketua negara asing, anggota keluarga diraja, kenamaan serta rakyat jelata di Istana Lusail dari 13 hingga 15 Julai.

“Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan serta seluruh rakyat Qatar atas kepulangan ke rahmatullah Almarhum Ayahanda Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani,” menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan kemangkatan Almarhum Ayahanda Amir Qatar, negara itu mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama empat hari di seluruh negara bermula Ahad (12 Julai).

Sepanjang tempoh itu, semua kementerian, agensi kerajaan dan institusi awam di Qatar akan ditutup.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top