Penyanyi Mamat Exists berkata dia seakan tidak percaya apabila sah bergelar tunangan orang selepas 17 tahun menduda.
Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 48 tahun itu mengakui gementar melalui proses bertunang semalam namun bersyukur majlis berjalan lancar.
Baca juga: Cerpen BH Ahad: Rumah di atas bukit
BACA: Mamat Exists Mahu Masuk Pusat Pemulihan Selepas Konsert
“Saya dan keluarga disambut dengan baik semuanya dan perbincangan berjalan dengan baik. Maknanya tak ada apa-apa masalah dalam proses hari ini. Tambah pula keluarga kami pun dah saling kenal juga,” katanya.
Mamat berkata hampir setahun dia berkenalan dengan tunangnya Hariana Harani, 41 tahun merupakan ibu tunggal kepada empat anak selepas dipertemukan oleh rakan.
“Hubungan kami mula serius selepas lima bulan kenal. Saya tinggal di Kuala Lumpur dan dia pula Johor. Bila selalu berhubung, kami berkongsi pelbagai perkara.
“Setakat ini alhamdulillahlah tiada apa-apa perkara yang buat kita jadi susah hati. Kami tahu satu sama lain sebab dah kenal hati budi masing-masing.
“Saya beritahu dia tentang saya, dia pun beritahu diri dia macam mana. Maknanya masing-masing setuju dan boleh terima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Mamat berkata anak-anak memberikan sokongan serta memaklumkan majlis nikah akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan.
“Syukur…semuanya menyokong. Untuk majlisnya pula, hal itu kita belum tentukan lagi. Kami baru bertunang. Samada kahwin tahun ini atau tahun depan bergantung pada jodoh. Majlis kami juga akan berlangsung mengikut adat nanti,” katanya.
Untuk rekod, Mamat pernah berkahwin denganMarshila Mustapa Kamal pada 2001 namun bercerai pada 2009. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Aleeya Mysara, 24, Mohd Eiki Daniell, 22, dan Dylea Mysara, 20.
Sumber: Harian Metro