LATEST
World News

Sidang Kemuncak Shenzhen menggamit memori Persidangan Yalta

SIDANG kemuncak Donald Trump, Xi Jinping dan Vladimir Putin di Shenzhen, China mengimbau kembali detik bersejarah Persidangan Yalta pada 1945 apabila tiga pemimpin kuasa besar dunia juga duduk semeja bagi membincangkan hala tuju politik antarabangsa lebih 80 tahun lalu.Persidangan Yalta yang menghimpunkan Presiden ke-32 Amerika Syarikat (AS), Franklin D Roosevelt; Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin merupakan antara pertemuan penting dalam menentukan susunan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua.Ketika itu, ketiga-tiga pemimpin Pihak Bersekutu tersebut membincangkan masa depan Eropah termasuk pembahagian pentadbiran Jerman dan pengaruh kuasa besar di rantau berkenaan.Keputusan yang dicapai turut memberi kesan besar terhadap perkembangan geopolitik dunia dan mencorakkan hubungan antara blok Barat dengan Kesatuan Soviet pada era Perang Dingin.Selepas lebih lapan dekad, dunia sekali lagi menyaksikan tiga kuasa besar bertemu di meja rundingan dalam suasana ketegangan geopolitik yang masih berlarutan.Pertemuan tersebut mengundang perbandingan dengan Persidangan Yalta, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa kuasa besar dunia berpotensi menentukan hala tuju geopolitik sesebuah negara tanpa melibatkan pihak yang terkesan secara langsung.Antara perkara yang meraih perhatian adalah kedudukan Ukraine yang tidak terlibat dalam perbincangan tiga hala tersebut sedangkan konflik Moscow-Kiev yang berlarutan selama lebih empat tahun masih menjadi antara isu keselamatan antarabangsa.Keadaan itu menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kepentingan negara kecil dan sederhana akan diberikan perhatian dalam percaturan kuasa besar.Bagaimanapun, Sidang Kemuncak Shenzhen dengan Persidangan Yalta tidak boleh disamakan sepenuhnya kerana ia berlangsung ketika Perang Dunia Kedua menghampiri penghujungnya dengan tumpuan utama kepada penyusunan semula landskap politik dunia selepas peperangan.Sebaliknya, sidang kemuncak kali ini berlangsung dalam suasana geopolitik yang lebih kompleks apabila AS, China dan Rusia masing-masing berusaha mempertahankan kepentingan strategik negara masing-masing.Selain itu, pertemuan di Shenzhen belum menghasilkan sebarang persetujuan besar yang mampu mengubah landskap politik dunia secara menyeluruh. Walaupun deklarasi bersama menyentuh kepentingan keamanan dan keselamatan nuklear, beberapa konflik antarabangsa masih belum menemui penyelesaian.Persoalannya, adakah sidang kemuncak ini bakal menjadi titik perubahan dalam hubungan kuasa besar atau sekadar satu lagi pentas diplomatik yang sarat dengan agenda tersembunyi masing-masing malah mungkin hanya wayang semata-mata tanpa sebarang perubahan bermakna?Dunia hari ini tidak seharusnya ditentukan hanya berdasarkan persetujuan beberapa negara berpengaruh. Kepentingan, kedaulatan dan suara setiap negara perlu dihormati agar keamanan sejagat tidak menjadi korban percaturan kuasa besar. Jangan sampai sidang yang gah dengan janji manis itu akhirnya sekadar menjadi sandiwara politik tanpa hasil yang nyata.4 perkara utama Deklarasi ke arah Keamanan1. Pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Ketiga-tiga negara bersetuju untuk bekerjasama memperbaharui PBB supaya organisasi itu lebih berkesan dalam menangani cabaran global dan melaksanakan tanggungjawab utamanya mengekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa.2. Kestabilan bekalan tenaga duniaKetiga-tiga negara merancang meningkatkan pengeluaran dan bekalan produk petroleum bertapis demi manfaat semua negara selain turut menegaskan kepentingan memastikan aliran bekalan tenaga dunia kekal stabil.3. Bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)Menegaskan kepentingan persetujuan sesebuah negara dan perlindungan kekebalan pegawai kerajaan. Mereka juga sebulat suara bahawa ICC dan badan seumpamanya tidak sepatutnya menyalahgunakan bidang kuasa.4. Pengurangan risiko senjata nuklearKetiga-tiga negara menegaskan bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh berlaku. Mereka turut bersetuju mengadakan dialog bagi mengurangkan risiko nuklear dan mengawal senjata nuklear.Walaupun dinamakan Deklarasi Ke Arah Keamanan, terdapat beberapa perkara yang cetus persoalan:>Tiada pelan khusus untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine. Deklarasi tersebut tidak menyebut secara khusus konflik berkenaan.>Tiada jadual pelaksanaan kawalan senjata nuklear. Ketiga-tiga negara hanya bersetuju mengadakan dialog.>Isu perang Iran yang kembali raih perhatian tidak disebut dalam dokumen deklarasi meskipun ketegangan kian memuncak di Asia Barat.>(bold kan) Tiada mekanisme pelaksanaan yang terperinci bagi memastikan semua persetujuan diterjemahkan kepada tindakan. 

More in World News

View all

Latest news