Pelakon Indonesia Jefri Nichol menyarankan agar kerajaan Indonesia disaman berikutan kemalangan maut yang meragut tiga beradik di Pontian, Johor baru-baru ini.
Terdahulu, tiga beradik maut dalam perjalanan pulang selepas ke sekolah kerana mahu melihat sama ada benar atau tidak sekolah ditutup ekoran jerebu.
BACA: “Aku Ni Bapak Orang, Anak Nak Masuk 3” – Ikmal Amry Minta Henti Bandingkan Dengan Jefri Nichol

Difahamkan, kedua-dua beradik mahu ke sekolah dan abang mereka menghantar ke sekolah bagi membuktikan sekolah ditutup.Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang tiga beradik itu terlibat dalam kemalanan jarak 200 meter dari rumah mereka.
Berita tiga beradik berkenaan turut mendapat perhatian Jefri agar individu terlibat menyaman kerajaan Indonesia berikutan jerebu melanda.
Hantaran Jefri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Jefri yang prihatin apatah lagi ada ibu bapa yang kehilangan anak.
Sumber: HibGlam




