LATEST
National

Aduan penduduk bongkar kegiatan simpan rokok tidak bercukai

Aduan penduduk bongkar kegiatan simpan rokok tidak bercukai

RANAU: Maklumat disalurkan penduduk membawa kepada penemuan beberapa kotak mengandungi rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai, dalam Op Tiris di daerah ini, semalam.

Baca juga: Bayern ‘terkulai’ di tangan Lille

Seorang lelaki turut ditahan dalam operasi itu yang dijalankan Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud, berkata operasi itu dilaksanakan bagi memeriksa lesen penjual dan pengedar barangan keperluan bersubsidi di beberapa premis, selain membanteras kegiatan penyelewengan serta penyeludupan.

Hasil maklumat disalurkan masyarakat setempat, beliau berkata, pemeriksaan dijalankan membawa kepada penemuan beberapa kotak mengandungi rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai kastam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mursalin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada masyarakat di daerah ini atas kerjasama dan keprihatinan menyalurkan maklumat kepada polis.

“Masyarakat bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat awal bagi membanteras jenayah secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan rondaan dan pemeriksaan melalui Op Tiris.

“Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau melalui talian 088-875222, dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news