LATEST
World News

Ritual di kuil bertukar cemas, lelaki tersekat celah kaki patung gajah

Ritual di kuil bertukar cemas, lelaki tersekat celah kaki patung gajah

NEW DELHI – Hasrat seorang lelaki menunaikan ritual keagamaan di sebuah kuil di India bertukar menjadi detik mencemaskan apabila dia tersekat di bawah patung gajah batu sehingga terpaksa dibantu pengunjung lain untuk melepaskan diri.Kejadian berlaku di Kuil Maa Narmada, Amarkantak, negeri Madhya Pradesh apabila lelaki berkenaan cuba merangkak melalui ruang sempit di antara kaki patung gajah batu yang terletak di kawasan kuil itu.Bagaimanapun, tubuhnya tersekat di bahagian pinggang menyebabkan dia gagal bergerak ke hadapan atau berundur.Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan beberapa pengunjung berkumpul di sekeliling patung berkenaan sambil memberikan arahan dan cuba membantu lelaki itu keluar.Situasi menjadi lebih menarik apabila seorang wanita tampil dengan idea luar biasa dengan mengeluarkan dompet daripada poket belakang seluar lelaki berkenaan bagi mengurangkan halangan ketika dia cuba melepaskan diri.Tindakan spontan itu dipercayai bertujuan memberikan sedikit ruang tambahan supaya lelaki berkenaan dapat menggerakkan badannya melalui ruang sempit tersebut.Menurut kepercayaan masyarakat setempat, ritual merangkak di bawah patung gajah itu dipercayai dapat membantu menunaikan hajat seseorang.Amalan berkenaan turut dikaitkan dengan kepercayaan mengenai karma serta baik buruk perbuatan seseorang dalam kehidupan.Pengunjung yang berjaya melepasi ruang di bawah patung itu dianggap telah menyempurnakan satu bentuk ujian simbolik berkaitan kepercayaan tersebut.Bagaimanapun, lelaki berkenaan berdepan kesukaran apabila ruang antara kaki patung itu terlalu sempit untuk dilalui dengan mudah.Video kejadian yang dikongsikan pada 23 November lalu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.Ramai terhibur melihat tindakan wanita berkenaan yang dianggap praktikal dan spontan ketika orang lain masih memikirkan cara untuk membantu lelaki itu.Ada juga pengguna media sosial mempersoalkan keputusan lelaki tersebut mencuba ritual berkenaan tanpa terlebih dahulu mengukur ruang yang perlu dilaluinya.Menurut laporan media tempatan, lelaki itu akhirnya berjaya melepaskan diri dengan bantuan pengunjung lain dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan.Insiden itu sekali lagi menarik perhatian terhadap ritual unik di kuil berkenaan yang sebelum ini turut menyaksikan pengunjung berdepan kesukaran ketika cuba melepasi ruang sempit di bawah patung gajah tersebut.- Agensi

More in World News

View all

Latest news