Empat wanita maut diserang harimau ketika mengutip daun pokok tendu di kawasan hutan di Maharashtra, India pada Jumaat. Gambar hiasan
HYDERABAD – Empat wanita maut diserang harimau ketika mengutip daun pokok tendu di kawasan hutan di Maharashtra, India pada Jumaat.
Baca juga: Tahanan bergari ‘makan besar’ bersama polis di restoran cetus kontroversi
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan wanita pengumpul daun yang diserang harimau itu di daerah Chandrapur, kira-kira 880 kilometer dari ibu negeri Mumbai, lapor media tempatan.
Daun tendu digunakan untuk membungkus tembakau dalam pembuatan bidi, sejenis rokok gulung tangan murah India.
Perniagaan pembuatan bidi mengupah kira-kira lima juta pekerja di seluruh negara dan lebih 70 peratus daripada mereka ialah wanita, menurut data rasmi.-Bernama