Penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Rossa bersama selebriti itu sedang melakukan siaran secara langsung bersama peminat.
“Kalian sebagai teman kerja aku doakan semoga kalian berjodoh.
“Tidak apa kan berjodoh sama rakan kerja?,” katanya.
Teruja mendengar kata-kata Rossa, pengurus Fattah iaitu Aca sempat berseloroh dengan mengatakan sekiranya benar Fattah dan Amira berjodoh dia ingin mengajak Rossa untuk menyanyi pada majlis tersebut.
“Aca mau tanya satu soalan, jika berjodohan, kalau di wedding mereka nanti mahu tak nyanyi?,” soalnya.
Soalan tersebut bagaimanapun disambut baik Rossa sebelum secara terbuka mengaku setuju dirinya untuk menyanyi di majlis perkahwinan selebriti itu.
“Oh, aku mahu. Nanti aku mau nyanyi lagu ‘Wanita Yang Kau Pilih’,” balasnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet teruja dan bersetuju memandangkan sebelum ini Datuk Seri Siti Nurhaliza juga sudah memberikan ‘green light’.





