DMA Islam Persoal Kanak-Kanak Hafal Al-Quran Seawal Umur 9 Tahun Dikecam | Oh! Artis – Oh! Media

DMA Islam Persoal Kanak-Kanak Hafal Al-Quran Seawal Umur 9 Tahun Dikecam | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

DMA Islam mengundang kritikan selepas mempersoalkan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menghafal keseluruhan al-Quran.

Wahai DMA Islam, kalau tak ada perkara atau isu nak dibangkitkan, tak payah try hard nak buat isu juga ok! Dia ni sekali lagi jadi perhatian selepas satu hantarannya di Threads mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Kali ini, pempengaruh kontroversi itu mempersoalkan kemampuan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang berjaya menghafal keseluruhan al-Quran.

DMA Islam dakwa mungkin berlaku penderaan

Ohmedia dma Islam'i wan

Menerusi hantaran tersebut, DMA Islam mendakwa pencapaian kanak-kanak menghafaz al-Quran pada usia muda berkemungkinan disebabkan oleh penderaan.

Kenyataan itu kemudian menerima pelbagai reaksi apabila ramai beranggapan ia boleh disalah tafsir sebagai memperlekehkan usaha golongan huffaz.

Aku tak suka nampak budak² usia 9 tahun tapi dah hafal the whole Quran. It’s most likely the result of abuse.- Tulisnya.

Netizen anggap persenda agama

Seorang pengguna media sosial berpendapat kenyataan berkenaan seolah-olah mempersendakan individu yang mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Netizen lain pula mengingatkan bahawa perkara berkaitan agama tidak boleh diperkatakan sesuka hati dan perlu mempunyai batas tertentu.

Mereka turut meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menulis kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

Tokoh Islam turut dijadikan contoh

Kredit Foto Janaan AI

Dalam perdebatan tersebut, seorang netizen menyenaraikan beberapa tokoh Islam yang dilaporkan menghafal al-Quran sejak usia muda.

Antaranya Imam Syafie pada usia tujuh tahun, Ibnu Sina ketika berusia lima tahun, Ibn Khaldun pada usia tujuh tahun dan Imam Nawawi sebelum baligh.

Sebelum ini, DMA Islam juga beberapa kali mencetuskan kontroversi menerusi komen berkaitan penindasan terhadap wanita serta peranan lelaki dalam alam perkahwinan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top